1- KLINIK KHIDMAT NASIAT GUAMAN
2- TAMAN ASUHAN & PENDIDIKAN KANAK-KANAK
YATI telah mengadakan kerjasama dengan Pusat pendidikan Hassanah yang kini beroperasi di Taman Tun Dr. Ismail, Selayang, Kg. Datuk Keramat dan Bandar Sri Damansara.
3- KEM LATIHAN & MOTIVASI PELAJAR
4- ROMBONGAN UMRAH KE TANAH SUCI
YATI telah mengadakan rombongan ke Tanah suci Mekah dengan kerjasama SAFA Travel & Tours Sdn Bhd bagi meningkatkan syiar dan kecintaan ahli kepada dua Tanah Suci Mekah dan Madinah di samping beribadah kepada Allah s.w.t.
5- PROGRAM MASUK KAMPUNG MEMBANGUN MINDA (MKMM)
Program Masuk Kampung Membangun Minda (MKMM) telah diadakan sebanyak 3 kali iaitu di Kg. Lubuk Kelubi, Hulu Langat, Selangor, Kg. Sungai Benut, Pontian, Johor dan Kg. Chegar, Pendang, Kedah. Program ini dijalankan dengan kerjasama JKKK Kampung-kampung berkenaan.
6- PROGRAM PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN (PPK)
YATI juga menekankn pendidikan keibubapaan. Melalui kerjasama dengan PIBG sekolah-sekolah, YATI turut menganjurkan Program Pendidikan Keibubapaan secara bersama dengan PIBG sekolah-sekolah terpilih.
7- PENUBUHAN PERPUSTAKAAN DESA & PUSAT IT
Melalui kerjasama dengan JKKK kampung, YATI sedang dalam rangka memperbanyakan penubuhan Perpustakaan Desa & Pusat IT di kawasan luar bandar seluruh negara. Ianya dibuat melalui sumbangan orang ramai dan tokoh masyarakat setempat. Perpustakaan Desa & Pusat IT yang pertama ditubuhkan ialah di Kg. Lubuk kelubi, Hulu Langat, Selangor.
No comments:
Post a Comment