Tuesday 29 March 2011

PAMERAN DERITA & PILU GAZA DI MASJID PUTRA

TEMPAT : MASJID PUTRA
TARIKH : 4 MAC 2011

GAMBAR


PAMERAN DERITA & PILU GAZA DI TESCO SEMENYIH

TEMPAT : TESCO SEMENYIH
TARIKH : 25 - 27 Febuari 2011

AKTIVITI

1- KLINIK KHIDMAT NASIAT GUAMAN 

Klinik ini telah diwujudkan sejak tahun 1999, bertempat di alamat 4.33, Tingkat 4, Pertama Kompleks, Jalan Tunku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.


2- TAMAN ASUHAN & PENDIDIKAN KANAK-KANAK

YATI telah mengadakan kerjasama dengan Pusat pendidikan Hassanah yang kini beroperasi di Taman Tun Dr. Ismail, Selayang, Kg. Datuk Keramat dan Bandar Sri Damansara.


3- KEM LATIHAN & MOTIVASI PELAJAR

YATI juga sering mengadakan perkhemahan cuti sekolah dan hujung minggu dengan menumpukan aspek pembangunan minda, motivasi dan dakwah kepada para pelajar universiti, kolej dan sekolah.


4- ROMBONGAN UMRAH KE TANAH SUCI
YATI telah mengadakan rombongan ke Tanah suci Mekah dengan kerjasama SAFA Travel & Tours Sdn Bhd bagi meningkatkan syiar dan kecintaan ahli kepada dua Tanah Suci Mekah dan Madinah di samping beribadah kepada Allah s.w.t.


5- PROGRAM MASUK KAMPUNG MEMBANGUN MINDA (MKMM)

Program Masuk Kampung Membangun Minda (MKMM) telah diadakan sebanyak 3 kali iaitu di Kg. Lubuk Kelubi, Hulu Langat, Selangor, Kg. Sungai Benut, Pontian, Johor dan Kg. Chegar, Pendang, Kedah. Program ini dijalankan dengan kerjasama JKKK Kampung-kampung berkenaan.


6- PROGRAM PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN (PPK)

YATI juga menekankn pendidikan keibubapaan. Melalui kerjasama dengan PIBG sekolah-sekolah, YATI turut menganjurkan Program Pendidikan Keibubapaan secara bersama dengan PIBG sekolah-sekolah terpilih.


7- PENUBUHAN PERPUSTAKAAN DESA & PUSAT IT

Melalui kerjasama dengan JKKK kampung, YATI sedang dalam rangka memperbanyakan penubuhan Perpustakaan Desa & Pusat IT di kawasan luar bandar seluruh negara. Ianya dibuat melalui sumbangan orang ramai dan tokoh masyarakat setempat. Perpustakaan Desa & Pusat IT yang pertama ditubuhkan ialah di Kg. Lubuk kelubi, Hulu Langat, Selangor.


MISI & VISI

Misi & Visi Yayasan Wanita Islam (YATI) ialah untuk mencapai tingkat usaha maksima dalam mengangkat martabat dan kemuliaan Wanita Islam Malaysia sehingga menjadi 'role model' bagi Wanita Islam seluruh dunia sebagai satu manifetasi sebenar daripada tuntutan Al-Quran dan Sunnah.

MODUS OPERANDI

Yayasan Wanita Islam (YATI) bergerak mengikut dasar dan keputusan Mesyuarat Agong YATI dan Mesyuarat Lembaga Pengarah. YATI mempunyai sebuah pejabat yang beroperasi sebagai sekreteriat. YATI juga mempunyai keahlian di seluruh negara dan setiap negeri dipimpin oleh ketua-ketua negeri yang telah dilantik oleh Ahli Lembaga Pengarah.

OBJEKTIF

  • Mempersatu dan mengumpul sumber tenaga, pemikiran dan kewangan dari kalangan Wanita Islam.
  • Menjaga dan memperjuangkan hak-hak, kebajikan dan pembangunan Wanita Islam.
  • Menjalin rangkaian Wanita Islam di peringkat antarabangsa bagi menonjolkan contoh kejayaan Wanita Islam di Malaysia ke peringkat antarabangsa.
  • Mempertahankan dan memperteguhkan jati diri Wanita Islam dalam menghadapi tuntutan zaman dan lingkungan.
  • Menjalinkan hubungan dengan badan-badan bukan Islam bagi meningkatkan kefahaman dan pengertian orang bukan Islam terhadap Islam.

PENDAHULUAN


Yayasan Wanita Islam (YATI) telah diperbadankan pada 1 Mac 1996, dan pelancarab rasmi penubuhannya telah dilakukan oleh Yang Amat Berbahgia Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, pada 6hb September 1996.

YATI telah diasaskan oleh kalangan Wanita Islam yang terdiri daripada profesional ahli akademik dan usahawan untuk dijadikan wadah mempersatu dan mengumpul sumber tenaga, pemikiran dan kewangan bagi menjaga dan memperjuangkan hak-hak kebajikan dan pembangunan Wanita Islam di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.